DAPATKAN WEBSITE ANDA SENDIRI DENGAN KOS PALING MURAH KLIKLAH BANNER DIBAWAH JOMLAH HOSTING YE

Thursday, September 10, 2009

Panduan Malam Lailatul Qadar 2009 Malam 23

FAKTA MENGENAI LAILATUL QADR!


Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatulqadar dan malam Nisfu Syaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikuti malam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu (buku baru kata orang). Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya di dunia ini.

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Bilakah waktunya?Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).”(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini) sekadar maklumat tambahan aje.


Berdasarkan panduan dan sedikit maklumat dijangkakan bahawa mungkin malam untuk tahun 2009 adalah malam ke-23 iaitu masa dok orang buzy cari kueh raya dan cari baju raya.
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan
Cara Nabi mendapatkan lailatul qadarKebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran

Nak minta apa jika bertemu malam itu?Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.”Maksudnya;“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih
Apa berlaku pada malam itu?Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)
Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
Satu bendera diletakkan di Baitullah
Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
Tanda Malam Lailatul QadarMalam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

Apa-apa pun cubalah untuk malam ganjil yang lain 21, 23, 25,27, 29 dan selamat hari raya semoga keberkatan puasa di jana bersama kebahagian yang mulia disamping kaum kerabat, sanak saudara dan sahabat handai masing-masing ye...

selamat mencari malam qadar. SEMOGA BERJAYA YE..

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERHARI RAYA

Selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan kerahmatan dan penuh dengan keampunan.Semoga semua beroleh kejayaan yang dicari-cari selama ini.
Saya doakan agar semua ceria dan bahagian dengan kehidupan yang dicari selama ini.
Sembah salam dari saya memohon keampunan jika terkasar rasa dalam berbicara.
Apa pun selamat berpuasa dan selamat berhari raya untuk semua.. berhati-hati dijalan raya ye.
Semoga semua dapat sambut bulan ramadhan dan bulan syawal dengan hati penuh gembira dan sungguh ceria. Terimalah hadiah hidup istimewa khas untuk pembaca semua.

Friday, June 12, 2009

ALANGKAH INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

HPA, Menjadi Pilihan Kerana ...
Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM.
Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.
Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA.
Lebih 145 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.
11 Ganjaran lumayan untuk AHLI.
Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.
Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.
Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah. Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi".
nak tau lanjut klik sini ALANGKAH INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

Thursday, June 11, 2009

GAMBARAN PERODUA MPV TERBARU

GAMBARAN PERODUA MPV TERBARU























SEKIAN TERIMA KASIH



















PERBEZAAN PERODUA MPV D46T

Model ini berdasarkan acuan Toyota Passo Sette atau dalam versi Daihatsu
Daihatsu Boon Luminas.


GAMBARAN PERODUA MPV D46T TERKINI

GAMBARAN PERODUA MPV D46T TERKINI
Model ini berdasarkan acuan Toyota Passo Sette atau dalam versi Daihatsu,
Daihatsu Boon Luminas. LIHAT BERBEZAANYA..


Berikut adalah gambaran terkini perodua mpv d46t terkini yang dijangkakan
akan menemui kita pada bulan 9 atau 11 2009.
Apa apa pun cuba lihat aje dulu gambar-gambar berikut.
terimalah buat pengubat para pengemar mpv baru.

Tuesday, June 9, 2009

NEW PERODUA MPV D46T RM56 RIBU

Perodua MPV bakal dilancarkan secara rasmi pada September 2009.Harga dijangka antara RM56k - RM66k.Model ini berdasarkan acuan Toyota Passo Sette atau dalam versi Daihatsu,Daihatsu Boon Luminas. Engine kapasiti 1500 CC, 109 kuasa kuda pada 6000 rpm,Torque 141 Nm pada 4400 rpm.Gear Automaik 4-kelajuan.Penggunaan petrol pada kadar 15.6km / liter.
Lihat gambar-gambar menarik yang bakal menemui anda yang akan dilancarkan tidak
lama lagi. Kalau nak tengok boleh tengok kat bawah tapi cuma andaian aje tau.